Hari ini
ada cereka yang perlu aku cerita
ada kisah yang perlu aku kisahkan
tentang sebuah persahabatan si Aku dan si Dia
si Aku dan si Dia saling mengenal sejak zaman persekolahan
si Aku dari pihak merah dan si Dia pula dari pihak kuning
merah dan kuning; kontra kan?
bagaimana boleh terjalin persahabatan?
di sini akan aku ceriterakan.
bermula di sebuah tempat pengajian di alam persekolahan.
Buat pengetahuan ramai
si Dia sangat-sangat la terkenal
laungkan sahaja nama si Dia pasti semua mengenal
khabarkan ke junior - kenal
kisahkan ke senior - juga kenal
bisikkan ke pendeta - lagilah kenal
sudah dibilang kan...
si Dia terkenal.
Jadi bagaimana si Aku yang lunyai berkawan dengan si Dia yang terkenal?
*****imbas*****
kisahnya bermula pada keraian hari sukan.
si Aku merupakan pembantu handalan bagi si Kamu yang juga terkenal
si Kamu dan si Dia kenalan
sama-sama memajukan merah dan kuning rumah kesayangan
si Aku dan si Kamu tidur sebangunan sejak mula kenal di alam persekolahan
jadi si Kamu lah yang menjadi titi perkenalan.
si Aku dan si Dia mula mengenal
hati budi, perasaan dan juga pengertian sebuah persahabatan
yang baik dijunjung bersama, yang jahat dijinjing bersama
kemana-mana, merata-rata
puas bersama
*****kemudian*****
sudah dibilang si Aku lunyai
banyak kekangan dan juga dugaan; semakin tahun terkehadapan
busuk, hanyir, pahit dan juga barai
lengkap tersidai dalam rantaian
selepas enam tahun tamat alam persekolahan
selepas sebelas tahun persahabatan
si Dia tetap bersama si Aku
tak kira lah si Aku busuk, hanyir, pahit dan juga barai
si Dia tak longlai terima si Aku sebagai kawan dan juga peneman
Terima kasih rakan.
khas buat Yusnaini yang lahirnya hari ini.
Semoga berjaya duniawi ukhrawi.
Amin Ya Rabbal Alamin.
27062012:1523
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment