• go away if you just wanna talk crap about me

    dan sekiranya Tuhan


    dan sekiranya Tuhan mengiyakan jutaan pohonan pintaan manusia
    seperti doa, sembah sujud dan lain-lainnya;
    nescaya tiadalah aku si plegmatis di dunia.
    yang cuma ada si melankolis manusia sempurna punya apa sahaja.
    semua yang dilaku piawainya tinggi belaka.
    iyalah semua yang diminta dikurnia.
    apa-apa. sempurna.

    dan sekiranya Tuhan mencantumkan segala macam rasa manusia
    seperti bongkak, murah hati, tegas dan sebagainya;
    maka muncul lah satu karektor yang bernama koleris.
    si manusia kuat yang kebal dari segenap sudut anggota.
    segala organisasi terurus nyata tanpa satu pun cacat cela.
    mana tidaknya, di arah sahaja yang lemah menurut tanpa kata-kata.

    dan sekiranya Tuhan memuliakan segala tingkah laku manusia
    seperti angkuh, tabik, dabik dan bermacam bentuknya;
    sangunis pasti tampil berkarisma, penghidup suasana.
    si popular yang spontan pasti lincah bekerjaya.

    dan sekiranya Tuhan menghimpunkan seribu satu jenis manusia seperti
    sanguinis, melankolis, koleris dan lain-lainnya;
    akan ku pilih tuk jadi si plegmatis yang mana aku akan mendamaikan setiap satu dari seribu satu jenis manusia.



     10042013:1055

    0 ngomel:

    Post a Comment

     

    katacacipuji

    know The Author

    katacacipuji