• go away if you just wanna talk crap about me

    kenapa ayah tak pernah menangis?


    Ayah, Ayah.....
    Kenapa kematian, kehilangan, 
    kesedihan mahupun kepayahan,
    tiada satu pun yang mampu buat ayah menangis?

    Ayah diam.

    Ayah, Ayah.....
    Pernah tak kegembiraan, kejayaan,
    kemenangan mahupun keseronokkan,
    yang pernah buat ayah menangis?

    Ayah masih diam.

    Ayah, Ayah.....
    Along mahu hadiahkan ayah itu dan ini,
    tapi Along masih belum mampu lagi.

    Ayah masih diam.
    Namun merenung tajam.

    Ayah, Ayah.....
    Cuma satu sahaja yang Along mahu ayah tahu.
    Along sayang sangat ayah.
    setiap saat yang berlalu,
    setiap minit yang berlalu,
    setiap jam yang berlalu,
    setiap hari yang berlalu,
    setiap minggu yang berlalu,
    setiap bulan yang berlalu,
    setiap tahun yang berlalu,
    Along akan tetap sayang ayah selalu.

    Ayah senyum sinis,
    lalu menangis dalam diam.


    17062012:0645

    0 ngomel:

    Post a Comment

     

    katacacipuji

    know The Author

    katacacipuji