Kau pernah dengar yang mana lidah itu tajam umpama pisau?
kerana lidah aku kau bertikam; kerana lidah aku kau bermasam
kerana lidah aku kau membenci; kerana lidah aku kau sakit hati
jadi memang benar lah apa yang dikata, lidah itu setajam pisau.
Terkadang manusia melempar kata tanpa tapis ia di akal. Bila mana kata dilempar membabi buta tanpa ia ditapis seelok rupa, beginilah jadinya.
yang akrab berenggang; yang dekat menjauh
yang kamceng bermusuh; yang dengki berhasad
Huh!
Tajam sungguh kau lidah!
**sinis**
Apa perlu di tapis kata sebelum lemparkan ia? Bodohkah apa?
Kau ingat kata itu umpama bijih lombong berharga yang perlu di dulang kemudian ditapis serapi-rapinya agar ia lebih berharga?
Kalau ditanya aku sebegini rupa tentulah jawapan aku ya.
Kata itu ibarat cermin jiwa yang mana ia memantulkan segala baik buruk minda kita.
Jika molek bahasa, molek lah ia.
Jadi, kau percaya kan lidah itu sememangnya tajam.
p/s: benarkah lidah kau pasti apa yang terpapar di minda tidak akan tusuk tajam hati orang yang mendengar sebelum ia dilempar?
09062012:0555
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment