hey kamu!
yang dulu pernah rapat saling bersentuh bahu,
yang dulu cerita kamu semua dalam tangan aku,
yang dulu cerita aku semua dalam tangan kamu,
kini diam tanpa seribu alasan palsu,
motif kamu begitu?
hey kamu!
yang dulu ada sahaja cereka pantang bertemu,
yang dulu di mana ada aku di situ ada kamu,
yang dulu di mana ada kamu di situ ada aku,
kini selisih bahu pun belum tentu kau mahu sapa aku,
motif kamu begitu?
lagi satu, kamu kata kita kawan sampai mati,
bila tak jumpa, langsung tak ambil peduli,
ada kamu pernah cuba untuk ambil hati?
huh, maaf, boleh dibilang dengan jari!
18062012:1956
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment