aku tak ada hati.
sebab ada seseorang
yang sedang memegangnya.
bila aku mahu minta balik,
dia enggan.
dia kata dia mahu miliki hati aku itu.
dan dia pesan,
kalau aku mahu hati aku balik,
aku kena ikut dia pergi ke mana saja.
bila tiba masa aku
setuju untuk ikut dia ke mana saja,
dia pula mahu campak kembali
hati aku ke tempat asal.
aku bilang aku mahu dia pegang.
tapi dia enggan.
sekarang,
hati aku aman terawang-awang
di suatu kawasan lapang
infiniti ruang.
07062012:1930
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment