• go away if you just wanna talk crap about me

    berkarut dengan mimpi I


    Minggu lepas sampai sekarang tiap-tiap malam otak aku berkarut dengan mimpi yang berepisod. Kalau dihisab seadilnya genap 14 episod aku rasa. Setiap hari ada sahaja temanya. Bukannya sebelum ini otak aku tak pernah berkarut. Pernah. Cumanya otak aku hanya biarkan ia kekal sebagai mimpi tanpa diingat jalan penceritaannya. Tidak seperti apa yang aku alami sekarang ini. Sampaikan tiap-tiap bibit kata yang keluar dari watak tak berapa nak penting pun aku boleh tulis kembali.

    Episod XIV : Kahwin

    Aminah seorang gadis rupawan yang baru sahaja tamat belajar peringkat sarjana yang mempunyai kekasih hati bernama Ahmad. Ahmad pula seorang jejaka kampung yang rajin mengusahakan sawah padi milik arwah ibunya dan hanya berkelulusan sijil sahaja. Mereka bercadang untuk mendirikan rumahtangga sejurus Aminah tamat pengajiannya. Namun, ibu bapa Aminah tidak berkenan dengan si Ahmad yang hanya tamat belajar tahap sijil sahaja. Lalu si Ahmad berkeputusan untuk berpisah dengan si Aminah demi kebahagiaan Aminah bersama orang yang lebih layak bersamanya. Tamat.

    Persoalan daripada penceritaan : 

    1) Adakah Ahmad pasti yang Aminah tidak bunuh diri kerana putus cinta?
    2) Adakah Ahmad pasti yang Aminah boleh jumpa jejaka yang dikatakan layak seperti yang difikirkannya?
    3) Kenapa tidak Ahmad kekal sahaja bersama Aminah dan berusaha tingkatkan kelulusan pelajarannya?
    4) Memang kebanyakan ibu bapa di dunia mahu anak mereka hidup dengan dengan mewah dunia saja ya?

    ************************************************************************

    Selalunya otak aku berkarut mesti dia akan biarkan episod cerita tergantung supaya aku boleh keluarkan persoalan dan kaitkan dengan hidup tak pun apa yang berlaku di sekeliling aku. Tapi aku selalu ada masalah bila tiba masa untuk rumus dan simpulkan. Akhirnya, aku akan pilih bidalan ataupun kata hikmah dari bijak pandai untuk jawapan bagi setiap persoalan yang dikeutarakan.

    Jawapan daripada persoalan  Episod XIV : 

    Jawapan satu : 
    "Tidak perlu mencari wanita secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha. Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim. Andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad...."

    Jawapan dua : 
    "Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi...."


    13062012:2105

    0 ngomel:

    Post a Comment

     

    katacacipuji

    know The Author

    katacacipuji