• go away if you just wanna talk crap about me

    molek laku


    Aku tak tahu kenapa selalu tepat jam lapan perut aku mula gatal minta diisi.
    Maksud lapan aku disini - malam. Ya. Lapan malam.
    yang mana time orang-orang tua sibuk melabuhkan punggung di depan tv. kononnya mahu disuapkan isu-isu semasa yang berlaku sekarang ini.
    yang mana orang-orang muda baru nak nampak jalan pulang ke rumah sendiri. sama ada pulang dari mencari rezeki mahupun pulang dari berjoli.

    Berbalik pada jam lapan tadi.
    apa yang aku mahu khabarkan sebenarnya tentang isu politik di tv yang tak henti-henti. mana taknya pilihanraya umum tak lama lagi.
    habis isu suap sana suap sini digembar-gembur. simpang-siur, berterabur. mana yang haq mana yang batil pon lebur. 
    Bila tiba hura-hara mula lah nak kecoh. pihak authoriti bersepah-sepah mengaku jaguh.
    aku bukannya nak kata sama ada aku ni anti authoriti ke apa. cuma aku rimas bila timbul kecoh barulah nak dikeluarkan sifat jaguh. bila tang jalan atau kemalangan buat heboh tak mahu pula buat-buat sibuk.


    Cukup rasanya. Nanti tak pasal-pasal dilabel pula.
    Bukannya apa. Aku cuma nak kata.
    Sememangnya dari kecil kita telah diasuh untuk anti pada pihak authoriti.
    Masih tak mahu mengaku lagi? Mari sini aku tunjuk bukti.

    Bukti pertama : Pengawas Sekolah
    Memang norma kalau kita melabel mereka anjing pada waktu sekolah
    bila dikatakan salah kau pasti menyalak, sekarang siapa yang anjing siapa yang berakhlak?

    Bukti kedua : Warden Asrama
    Memang norma kalau kita melabel mereka sampah semasa tinggal di asrama
    bila dikenakan denda kau mula lah buat helah, sekarang siapa yang sampah siapa yang gelabah?

    Cukuplah bukti pada zaman sekolah.
    Aku nak khabarkan bukti pada alam pekerjaan masih belum merasa lagi lah.
    Sekarang benak aku dah lega. Dah diluah apa yang nak diludah.
    Kau orang nak setuju, setujulah.
    Kau orang nak benci, bencilah.

    ***************************************************************************

    Akhir kata,
    Terkadang yang jelik itu kita sanjung;
    yang molek itu tak mahu pula dijunjung.
    Betulkan?


    28062012:2026

    0 ngomel:

    Post a Comment

     

    katacacipuji

    know The Author

    katacacipuji