• go away if you just wanna talk crap about me

    campak sahaja mulut longkang ke neraka


    Dusta.
    ianya berbisa.
    kau percaya?
    kalau sangsi, mari dengar aku bercerita.

    Ini sebuah kisah tentang seorang budak yang sejak dari kecilnya bijaksana.
    UPSR? PMR? Straight A's resultnya.
    SPM juga hebat keputusannya.
    hampir sahaja ambil gambar kenangan bersama pengetua.
    dia berjaya ke menara gading dengan berkat doa ayah dan bonda.

    Namun,
    anak ini alpa.
    mula lalai pentingkan dunia.
    ukhrawi pula sudah jatuh ke tempat kedua.
    solat ditinggal begitu sahaja.
    mana ingat dah dosa pahala.
    baginya, perkara itu small matter.
    qada' kan ada.

    Tuhan itu Maha Besar kuasa.
    mula menguji dengan sakit dunia.
    namun budak ini masih tak sedar-sedar juga.
    sakit dunia itu dijadikan alasan untuk dia mula berdusta.
    sampai satu saat terbarai jua.
    dusta yang disampul baik-baik luas terbuka.

    Sampai ke pengetahuan ayah bonda,
    pedih pilu hati ayahanda.
    mengalir deras air mata bonda.
    mereka kesal kenapa harus mendusta.
    kenapa tidak berterus-terang sahaja dari mula?

    Budak itu peluk cium pohon ampun sembah sujud kaki keduanya.

    Bilang ayahanda,
    Dusta itu ibu durjana,
    sekali mulut kau ratah ia,
    sangat sukar bagi kau membuangnya.
    Tak mustahil suatu masa nanti kau ratah kunyah ia semula.

    Dua tahun kemudian,
    budak itu membenarkan kata ayahandanya.

    ******************************************************************************


    Dari Abu Bakar Ash-Shiddiq RA ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, 
    “Wajib atasmu berlaku jujur, karena jujur itu bersama kebaikan, dan keduanya di surga. Dan jauhkanlah dirimu dari dusta, karena dusta itu bersama kedurhakaan, dan keduanya di neraka”. 
    [HR. Ibnu Hibban di dalam Shahihnya, dalam Targhib wat Tarhib juz 3, hal. 591]


    ps: 
    biar hilang rupa,
    biar jelik dijeling,  
    biar hina diherdik,
    asalkan kau luah segala yang nyata.
    buang semua dusta.
    buang jauh ke hujung dunia.
    lontarkan dusta itu sekuat raga,
    agar ia balik ke neraka.


    12072012:2133

    0 ngomel:

    Post a Comment

     

    katacacipuji

    know The Author

    katacacipuji