malam kelmarin aku pejam mata.
pejam erat-erat sebab aku mahu lupa semua duka.
malam semalam aku tekup telinga.
tekup kuat-kuat sebab aku benci tawa gembira.
malam ini aku biar apa berlaku.
aku biar semua rasa dunia ratah jiwa aku.
toreh lah. toreh lah.
aku tak rasa ia merasa pedih lagi..
belah lah. belah lah.
aku tak rasa ia bercantum kembali.
bunuh lah. bunuh lah.
aku tak rasa ia bernyawa lagi.
tapi,
malam esok akan aku tadah tangan buka jiwa.
berserah buta tuli kepada-Nya.
malam kemudiannya
pisau belati yg telah toreh belah bunuh hati aku
akan ku campak ia sejauh-jauhnya.
kalau boleh biar tidak ketemu sampai bila-bila.
05072012:2133
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment