• go away if you just wanna talk crap about me

    maaf yang aku rasa tak wujud dalam masyarakat kita


    seperti biasa.
    bual bicara minum pagi.
    hari isnin.
    mama pasti akan selitkan sessi motivasi yang diikutinya setiap ahad kepada kami.
    yang mana hari2 lain pasti kami kebingungan mau buka topik namun gagahkan juga minda mencari idea mau dibicarakan apa padanya.

    Oh lupa.
    Sebelum aku terkedepan celoteh mari aku perkenalkan siapa mama.

    mama merupakan admin manager di pejabat.
    merangkap bini kepada boss besar.
    Madam Azita.
    kenapa Madam ya? padahal nama Melayu sahaja.
    Oh tidak.
    She's Iranian lady and yes,
    Muslim.

    Setiap ahad dia pasti mengikuti sesi motivasi yang dianjurkan kaum Iran yang bermastautin di Malaysia ni.
    Ya.
    termasuk lah big boss Mr. Shademan. 
    Itupun kalau dia tak ke oversea lah.
    Jadi topik bual bicara minum petang ialah tentang maaf. Maaf yang mana tidak akan wujud sekiranya perkara yang perlu dimaafkan itu terjadi di dalam masyarakat kita.

    Berdasarkan filem yang dipertontonkan kepada mereka mengenai sebuah kaum Irish yang berbangsa apa entah. maaf aku tak berapa nak ingat. Yang pasti personaliti mereka seakan-akan kaum Yahudi. yang lelakinya berjambang manakala yang perempuannya pula berhijab seperti paderi ortodoks.

    Kaum Irish ini pegangannya terhadap agama mereka terlalulah kuat hinggakan segala yang tidak boleh dan ditegah haruslah dilontar sejauh-jauhnya. Jika di sangkal buruklah padahnya. Sebagai contoh. Kau buat apa terlarang maut sahajalah penyudahnya. Kau tentu boleh bayangkan betapa teguhnya pegangan mereka bukan?
    Mahu dijadikan cerita suatu hari ada seorang lelaki berbangsa yang sama menyerang sebuah sekolah lalu menembak mati beberapa orang kanak2 di sekolah tersebut. Lalu membunuh diri. Tanpa sebarang sebab musabab. Barangkali menghadapi masalah mental mungkin. Namun keluarga si mati tidak memarahi lansung mahupun berdendam dengan keluarga yang membunuh anak mereka. Mereka siap ke rumah pembunuh lalu mengucapkan takziah di atas kematian si mati.

    Kamu-kamu boleh membayangkan sekiranya perkara sebegini terjadi di dalam masyarakat kita?

    Sumpah.
    Ungkapan maaf itu tidak akan sesekali keluar daripada mulut.
    Inikan pula menziarahi keluarga si pembunuh serta melafazkan takziah.

    Dalam Islam sendiri ada menyebut tentang kewajiban kita ketika ada orang meminta maaf, hendaknya kita memaafkan kesalahan orang tersebut. Rasulullah bersabda:
    Maukah aku ceritakan kepadamu tentang sesuatu yang menyebabkan Allah memuliakan bangunan dan meninggikan darjatmu? 
    Para sahabat menjawab, tentu. Rasul bersabda,
    Kamu bersikap sabar (hilm) kepada orang yang membencimu, memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu, dan menghubungi orang yang telah memutuskan silaturrahim denganmu.
    (HR Thabrani)

    0 ngomel:

    Post a Comment

     

    katacacipuji

    know The Author

    katacacipuji