bagi aku semua rasa kau
kerna kau dan aku tahu esok mungkin kita mati
aku kira
kita masih lagi berlengah menambah calar di hati
kerna apa yang ku dengar, kita masih belum 'ready'
dan aku boleh rasa yang kau masih belum mampu tuk berdepan realiti
mungkin aku juga turut sama masih tak mampu
pasti!
ya,
mungkin
kita masih berselimutkan fantasi dan ilusi
aku tak mahu lagi menilai apa di hati dan jiwa kamu lagi
kerna aku percaya dan yakin kini
yang hati dan jiwa kamu itu memang milik ku lagi
dulu, kini dan nanti
jika kita masih belum sedia mencinta dan dicinta
pasti kita juga masih belum sedia untuk hidup di dunia
masih aku kira
kilometer yang harus kita tempuh panjang lagi
jadi,
'let's love fully dear'
'and let's love loud'
'lets love now'
kerna kau dan aku tahu esok mungkin kita mati
31032013:1313
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment