Setiap kita,
melukis kisah sendiri.
atas kanvas yang Tuhan beri.
Jika di beri kanvas; maka perlulah ia sang warna.
Ada tiga jenis warna yang aku guna setiap hari.
Iaitu saya, mereka dan kamu.
***************************
Saya.
Warna neutral yang aku calit saban hari tanpa sedar.
Lancar melakar sendiri namun terkadang warnanya pudar kelam.
Jadi,
aku cuba mewarna dengan lebih berseri.
Agar nanti saya tidak akan menyesal di kemudian hari.
***************************
Kemudian mereka,
Warna pastel yang lembut meresap meliputi kanvas.
Elok bercampur sesama jenis yang lain.
Jadi,
aku cuba untuk gaulkan ia supaya sebati-lumat.
***************************
Dan kamu,
warna vivid.
warna yang paling aku gemari.
khas aku guna untuk mewarna bahagian cinta.
Jadi,
aku cuba mewarna dengan hati-hati.
Agar nanti kau mampu tersenyum,
melihat lukisan itu cantik tercorak di dinding kanvas kamar kita nanti.
dan kamu itu khas buat seseorang.
ya, tak perlu diluah siapa.
kamu sedar siapa kamu buat aku. =)
28102012:1833
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment