Aku,
jaga kata, menyusun ayat,
di depan dan di belakang.
Kau,
mengata-ngata, menyusun khianat,
di depan dan di belakang.
Aku,
jaga tutur, menyusun bidalan,
di depan dan di belakang.
Kau,
simpang-siur, menyusun sialan,
di depan dan di belakang.
Bila bertemu muka,
aku mengalah.
Kalah.
Kerana kau banyak pengaruhnya.
Tapi
Hey! ingatlah,
Aku bukannya mahu kalah,
Cuma aku tak biasa menang dengan cara yang salah.
19062012:0222
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment