Keinginan.
Sesuatu yang subjektif.
It can be everything or anything you want in your life but it can be change.
Bergantung kepada cara pelaksanaan kau sendiri dalam mengatur kehidupan.
Contohnya macam apa yang kau fikir tentang kerjaya.
Macam aku masa sekolah dulu, cita-cita nak jadi pramugari.
Boleh terbang tinggi.
Ke mana sahaja aku mahu pergi confirm free.
Namun, terbantut.
Tuhan tentukan aku masuk sekolah agama bertutup-litup.
No more free hair, no more fit clothes.
Kemudian, bila habis sekolah aku decide mahu jadi arkitek.
Yes, I do have qualification to be like that.
Namun, Tuhan beri aku dugaan dan cabaran.
Dia uji samada aku mampu tanggung beban.
Tuhan tahu aku tak mampu pikul jadi dia alih minat aku dari pegang gelaran.
And now, I'm as a designer.
Sumpah tak terdetik dalam kepala yang mana inilah dia punca rezeki untuk aku sara diri hari-hari.
Tapi tipulah aku tiada lagi keinginan untuk capai apa yang aku impi.
Mungkin aku masih belum puaskan jiwa dan hati dalam memilih kerjaya sendiri pada masa kini.
Keinginan itu sentiasa berubah bukan?
Dulu aku selalu fikir siapa punya tulang rusuk la yang aku pinjam.
Aku da pernah jumpa ke tidak dia?
Pernah terserempak ke belum?
Hidup lagi kah dia?
Aku pun ada jugak fikir yang mana nanti aku nak cari laki yang hensem gila.
So nanti bila bersanding semua orang puji semata.
Alih-alih da jumpa tak boleh pakai pula.
Siap pasang dua, tiga lima.
Lepas tu aku fikir nak cari yang sedap mata memandang sudah la. Tapi masih perlu style supaya tak sakit mata bila tengok. Kalau aku sendiri tengok pon tak lalu, mana sempat nak tengok hati kan? Jadi, kita cari yang style dan punya hati yang baik.
Kemudian makin matang dan besar kita rasa hati yang baik tak cukup lagi, kita still nak sesuatu. Kita mahu orang yang sekurang-kurangnya pandai berfikir, yang sedar kesalahannya, yang memahami, yang sentiasa di belakang kita bila kita perlukan, yang pandai memujuk, yang sweet, yang dominan yang pandai buat decision dan macam-macam.
See it is change along with our maturity.
But it won't be enough right?
The question is how we want to change along with what we want in our life?
Contohnya jika kita mahu orang yang pandai memujuk dan sweet. Adakah keinginan kita setanding dengan perbuatan kita? Adakah kau cuma mahu orang beri tapi kau sendiri kedekut?
Kira mungkin kau perlu memberi sesuatu untuk mendapat sesuatu yang lain.
Keinginan kau yang berubah, terhadap apa sahaja perkara di dunia ini. Pastinya memerlukan sesuatu yang kau perlu beri atau korbankan.
Tapi kau sanggup?
Kalau tak sanggup jangan minta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment