Aku ke kiri, salah.
Aku ke kanan, salah.
Aku ke depan, salah.
Aku ke belakang pun juga, salah.
Pendek kata semuanya salah.
Kadang ku di pandang jelik.
Kadang pula ku di pandang baik.
Namun pandangan baik itu tetap berlapik.
Jadi dadaku tak perlu patut mendabik.
Apa perlu aku lari?
Tinggal jauh diam diri.
Tanpa peduli hidup mati.
Biar rasa asli jadi tiri.
Ya, benar tiri itu barangkali pasti.
Mahu tidak kalau semua yang di laku akan dicaci.
Mungkin aku ini sudah dibenci.
Ya Tuhan.
Mampukah aku untuk bertahan?
Sedangkan aku terlalu rapuh untuk menahan segala tohmahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 ngomel:
Post a Comment